MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Sabah Usahasama Dgn Syarikat Asing Utk Tingkatkan Jumlah Pelancong Ke Sabah

KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Usaha sama antara Sabah dan negara-negara asing boleh membantu menggalakkan lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini dari negara asal syarikat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perkembangan ini bukan hanya akan merancakkan pelaburan asing langsung tetapi turut menyumbang ke arah pertumbuhan, kekayaan ddan menghasilkan jumlah kerja yang banyak untuk penduduk tempatan.

"Ini seiring dengan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan penekanan terhadap pelaburan sektor persendirian seperti yang ditekankan oleh Program Transformasi Ekonomi Malaysia," kata beliau ketika merasmikan pembukaan Ming Garden Hotel and Residences di sini yang dimajukan bersama oleh syarikat China dengan Perbadanan Pembangunan Banar Sabah (SUDC).

Musa berkata terdapat permintaan yang tinggi untuk hotel di Sabah berikutan meningkatnya jumlah pelancong ke negeri itu.

Sabah menyaksikan peningkatan 13.6 peratus ketibaan pelancong tahun lepas berbanding tahun sebelumnya. Ia menyasarkan 2.75 juta ketibaan pelancong tahun ini.

Sementara itu, naib presiden Long Yuan Construction Group Co. Ltd, Zhou Jing De, berkata Ming Garden Hotel and Residences yang menelan kos RM200 juta itu merupakan projek pertama syarikat di luar China menerusi anak syarikatnya Longma Construction Corporation.

Beliau berharap projek usaha sama itu dengan SUDC akan membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dari China yang telah menjadikan Sabah destinasi percutian dan perniagaan kegemaran mereka. Sumber- Bernama