MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

3 maut dalam nahas van bertembung kereta api di Sabah

Tiga maut manakala 4 lagi cedera, termasuk seorang bayi perempuan apabila van mereka bertembung dengan kereta api penumpang yang datang dari arah Kota Kinabalu menuju Beaufort petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Memanjang, Beaufort dengan 3 mangsa maut di lokasi kejadian.

Ia berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Sufiana Razali, Misah Maznun, Lamisah Maznun, Siti Nur Farhena Maznun serta seorang bayi berumur setahun 8 bulan, iaitu Siti Nur Farhena Maznun.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.57 petang.

- freemalaysiatoday