MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Bung Moktar cabar Syed Saddiq bertanding PRU14

Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicabar supaya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jika merasakan dirinya remaja hebat.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Syed Saddiq dialu-alukan untuk bertanding pada PRU14 termasuk di Parlimennya untuk membuktikan pengaruh dan kehebatannya.
 
“Kalau Syed Saddiq rasa dirinya terlalu hebat, saya cadangkan dia mencari kawasan untuk bertanding dalam PRU akan datang di Kinabatangan pun dia boleh datang bertanding, jangan cakap macam tin kosong,” katanya kepada FMT.
 
Beliau membuat kenyataan itu kerana tidak puas hati dengan tindakan Syed Saddiq yang berterusan menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutama melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.
 
Syed Saddiq antara individu yang menyokong dan menandatangani Deklarasi Rakyat dan sering mendakwa dirinya mewakili golongan muda.
 
Bung Moktar berkata, penuntut tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu bukan remaja yang layak untuk mengkritik Najib dan membuat dakwaan sokongan orang muda kepada Perdana Menteri semakin menurun kerana terpalit skandal rasuah.
 
“Syed Saddiq harus sedar bahawa dia bukanlah remaja terbaik sehingga boleh membuat keputusan mengikut suka hati sendiri sehingga dia berani menggelar diri mewakili majoriti remaja Malaysia keseluruhan.
 
“Kalau pun Syed Saddiq tidak lagi menyokong BN, itu hak dia, Syed Saddiq tidak perlulah menggunakan media sosial untuk menunjukkan yang dia adalah remaja hebat atau luar biasa,” katanya.

- freemalaysiatoday