MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Aksi panas di Likas

DUA kad merah dilayangkan serentak! Itu gambaran pertembungan Sabah menentang Lions XII di Kota Kinabalu, kelmarin. Aksi panas kedua-dua pasukan bermula apabila permainan memasuki minit ke-10.

Namun, drama sebenar berlaku pada minit ke-34 melibatkan insiden tolak menolak antara pertahanan Sabah, Mafry Balang dan pemain Lions, Irwan Shah Arismail.

Kedua-dua pemain tidak mampu mengawal emosi menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkan kedua-duanya meninggalkan padang untuk mengelak perkara lebih buruk terjadi.

Terdahulu, Sabahawks dilihat menguasai sebahagian besar perlawanan namun ketumpulan jentera serangan mengecewakan kira-kira 10,000 penyokong tuan rumah.

Kesilapan ketua pasukan, Reithuadin Emran yang memberikan sepakan percuma di penjuru kawasan sendiri membawa padah apabila hantaran Shahdan Sulaiman ditanduk masuk Harris Harun pada minit ke-21 untuk gol tunggal perlawanan.

Sumber- Sinar Harian