MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Bergerak satu pasukan hadapi PRU, kata Musa

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Barisan Nasional negeri ini hendaklah bersatu bergerak satu pasukan menghadapi cabaran pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Katanya, kerjasama erat dan kukuh di kalangan anggota parti komponen BN negeri penting dalam memastikan Sabah terus kekal kubu kuat BN pada pilihan raya itu nanti.

"Saya minta anggota Barisan Nasional Sabah supaya terus mengukuhkan hubungan dan mantap di semua peringkat akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti.

"Semua ini akan menjamin kejayaan kekal milik kita. Kita perlu bersatu padu perkasakan parti, sekaligus memastikan BN mencapai kejayaan cemerlang," katanya dalam ucapan penutup Majlis Penerangan Perdana Zon 2 di Dewan Masyarakat Menggatal, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Musa meminta BN negeri memperhebatkan program mendekati rakyat terutama golongan muda dan pengundi baru dengan kaedah bersesuaian, termasuk penggunaan media baru, blog dan laman sosial facebook serta tweeter sebagai landasan terbaik berinteraksi dengan rakyat.

"BN Sabah perlu menggerakkan jentera perang saraf khususnya di kalangan sayap-sayap parti," katanya.

Musa menekankan budaya turun padang penting bagi menyelesaikan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar.

"Jangan sia-siakan kepercayaan dan keyakinan yang rakyat berikan kepada kita. Apa yang dibuat BN selama ini adalah atas dasar tanggungjawab dan keikhlasan membela nasib rakyat seluruhnya," katanya.

Beliau berkata penganjuran program penerangan itu wajar dan tepat pada masanya kerana ia akan mengukuhkan kerjasama di kalangan anggota parti komponen BN.

"Program ini memberi peluang kita berinteraksi secara berkesan memahami permasalahan yang dihadapi rakyat, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Sumber- Sinar Harian