MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Harimau Malaya hanya sumbat satu gol lawan Sabah

SKUAD kebangsaan iaitu Harimau Malaya mengatasi pasukan Liga Super, Sabah 1-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Likas di sini, malam ini.

Ahmad Rohidan menjadi penyelamat maruah skuad kebangsaan apabila menjaringkan gol tunggal itu pada minit ke-80.

Beraksi di hadapan kira-kira 20,000 penonton, Malaysia, yang dinobatkan juara Piala AFF Suzuki 2010, nyata mendominasi permainan selepas mendapat peluang awal membuka jaringan menerusi sepakan Mohd Zaquan Adha di luar kotak penalti.

Separuh masa perlawanan menyaksikan Sabah mencipta empat percubaan untuk membolos pintu gawang Malaysia namun gagal.

Pada babak kedua, penonton negeri di Bawah Bayu itu hampa apabila jaringan pemain tengah Rozaimi Abdul Rahman dibatalkan kerana terkena tangan selepas
menerima hantaran lintang pemain import Michael Biard pada minit ke-60.

Aksi penyerang Harimau Malaya, Safee Sali dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat pula hanya diturunkan oleh jurulatih Datuk K. Rajagobal pada minit-minit akhir perlawanan.

Pada sidang media perlawanan itu, jurulatih itu berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan skuad pimpinannya bagi 'memberi motivasi tambahan'
menghadapi perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 29 Februari ini.

"Pemain beraksi baik di awal perlawanan walaupun kelihatan sedikit keletihan dan tidak agresif," katanya sambil menambah terpaksa menurunkan Safee di saat
akhir kerana beliau mengalami kecederaan ringan.

Beliau turut memuji corak permainan skuad Sabah yang boleh memberi persaingan yang sengit di Liga Super. Sumber- Sinar Harian