MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Justin gembira pemain beri tentangan sengit

MENYERU anak buahnya meletakkan kepercayaan dengan kebolehan sendiri, pengendali Sabah, Justin Ganai yakin mereka mampu memberikan tentangan sengit dalam saingan liga yang akan bermula semula Mac ini.

Berpuas hati dengan peningkatan corak permainan Sabah Hawks yang berjaya mengucar-ngacirkan skuad Harimau Malaya, Justin ternyata gembira dengan prestasi dan semangat ditunjukkan pemain meskipun tewas 1-0 di hadapan 20,000 penyokong tempatan, dalam aksi persahabatan di Stadium Likas, Kota Kinabalu Jumaat lalu.

“Walaupun K Rajagobal hanya menurunkan pemain simpanan untuk diuji, namun ia cukup bermakna kerana kita berjaya membuktikan skuad Liga Super bukanlah sekadar pasukan­ belasahan apabila hanya tewas tipis kepada pasukan kebangsaan,” katanya yang berharap perlawanan tersebut mampu menjadi motivasi buat Sabah.

Tidak bernasib baik meskipun banyak percubaan yang dilakukan terutama dengan kejutan jaringan hasil pemain tengah, Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-60 yang dibatalkan pengadil, pasukan tuan rumah terpaksa akur apabila jaringan tunggal Amar Rohidan pada minit ke-80 membolehkan skuad kebangsaan mendahului selepas terpaksa berhempas-pulas sepanjang separuh minit pertama.

Malaysia akan ke Manila untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 29 Februari ini.

Sumber- Sinar Harian