MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Sabah turunkan kesebelasan utama terbaik

BERKONGSI mata dengan Johor FC dalam Liga Super, Sabah perlu berusaha keras mendaki carta liga membuktikan kehebatan, terutama selepas berjaya menenggelamkan aksi pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan, Jumaat lalu.

Pengendali Sabahhawks, Justin Ganai ternyata bersedia dan yakin anak buahnya mampu memberikan aksi terbaik apabila menerima kunjungan skuad kendalian Azuan Zain esok.

“Selepas perlawanan menentang Malaysia lalu, moral dan semangat pemain ternyata lebih positif dan mereka dilihat begitu bersemangat untuk memulakan semula saingan liga,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bakal menurunkan pemain yang sama ketika bertemu anak didik Datuk K Rajagobal, Justin menyifatkan barisan pemainnya itu sebagai kesebelasan terbaik pasukannya.

Dalam masa sama, mengakui banyak mata kini tertumpu kepada pasukannya selepas perlawanan menentang skuad Harimau Malaya tempoh hari, Justin bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada pemainnya.

“Saya tahu mereka mampu melakukan yang terbaik. Apa yang penting mereka perlu konsisten dengan komitmen dan tidak mengambil mudah dengan kemampuan pihak lawan,” katanya yang mengharapkan persembahan terbaik daripada semua pemain. sumber- sinar harian