MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Seri sudah memadai: Sabahawks

SABAH menyasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata apabila bertemu T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Pengurus pasukan, Shariman Abdullah berkata, skuad Badak akan bekerja lebih keras bagi memastikan mereka tidak pulang tangan kosong.

Sehubungan itu katanya, Sabah akan memperkemaskan pertahanan bagi mengekang pemain T-Team daripada membolosi gawang mereka.

“Pemain-pemain Sabah termasuk pemain import semuanya cukup cergas dan bersedia untuk beraksi malam ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Jurulatih, Justin Ganai berkata, kemenangan 2-1 ke atas Sarawak minggu lalu memberi semangat baru dan kelegaan kepada skuad tersebut.

Katanya, keserasian dan persefahaman antara pemain import dan pemain tempatan sudah mula menunjukkan petanda baik dengan dua pemain import dari Australia, Michael Baird dan Brendan Gan sudah mula menemui rentak permainan mereka.

Sumber- Sinar Harian