MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sabah

Promo Ad 3

MUZIUM NEGERI SABAH

Sejarah Muzium Negeri Sabah bermula sejak zaman kolonial lagi tetapi kewujudanya rasminya hanya pada 15 Julai 1965 yang terletak di Bangunan Kedai di Jalan Gaya Kota Kinabalu. Sesuai dengan perkembangan dan kemajuan negeri di alaf kemodenan. Jabatan Muzium yang dipertanggungjawabkan mengurus khazanah warisan, kini mempunyai bangunan baru sendiri   yang indah serta berkonsepkan nilai dan budaya tempatan. Bangunan Utama Muzium negeri mengambil ciri-ciri budaya  Rumah Panjang Rungus dan Murut.

Pada kini, bangunan ini menempatkan Dewan Utama, Balai-balai Pameran Tetap dan menempatkan pejabat pentadbiran dan kewangan. Bangunan Pusat Sains dan Pendidikan didirikan berkonsepkan Tudung Saji dan Seraung. Bangunan ini menempatkan Galeri-galeri Sains dan Teknologi serta menempatkan pejabat dan Pameran Balai Sani Lukis Sabah. Ianya berada dibawa pengurusan pentadbiran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Bangunan ketiga pula ialah Bangunan Pemeliharaan yang berkonsepkan sebuah 'Celapa" atau bekas sireh dan pinang tradisional. Sesuai dengan fungsi utama Muzium  iaitu mengadakan pertunjukan persembahan dan pameran.

Muzium telah menempatkan galeri-galeri pameran seperti galeri sejarah atau terowong masa yang mengimbaskan penempatan pertama manusia di Sabah kira-kira 28 ribu tahun lalu, galeri Zaman Kegemilangan Kesultanan Brunei, pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara sehinggalah era kemerdekaan, galeri Tamadun Islam, galeri Etnografi, Pakaian dan Seramik, galeri ilmu kejadian yang mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian warisan semulajadi bumi Sabah, galeri Teknologi Sains yang mempamerkan teknologi penyiaran, keretapi, perlombongan tembaga, industri minyak dan gas serta galeri geologi.

Gerabak kepala keretapi bernombor 7 yang dipamerkan..

Bermula dengan koleksi wasiat G.C.Wooley, koleksi Muzium kini berjumlah lebih daripada 250 ribu. Antara koleksi bernilai ialah Etnografi, Arkeologi, Zoologi, Botani, Fotograf, Sains dan Teknologi serta seramik "Tabu Dita" antara koleksi seramik terbaik di Asia Tenggara. Selain Muzium mempunyai kemudahan perpustakaan rujukan dan penyelidikan yang lengkap, Muzium juga mkgwarisan.jpg (11609 bytes)empunyai sebuah perkampungan warisan yang mempamerkan keunikan, kemahiran dan senibena tradisional masyarakat tempatan. Sebanyak 12 buah rumah replika bersaiz sebenar rumah-rumah tradisional seperti Rumah Bonggi, Rumah Panjang Rungus, Rumah Bambu Dusun, Rumah Panjang Murut, Rumah Bisya, Rumah bajau, Rumah Berunai, rumah Lotud, Rumah Bajau Semporna 'Perahu Lipa-Lipa", Rumah Suluk, Rumah Irranun dan Rumah Tekebun Cina. Persekitaran Muzium juga terdapat Taman Etnobotani selaus 16 hektar, ia mengandungi 600 spesis tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat tempatan.

Selain itu, Muzium juga membangunkan tapak-tapak bersejarah di Sabah seperti Muzium Agop Batu Tulug atau "Gua Batu Putih" yang mengandungi lebih 200 buah keranda berusia lebih 250 tahun terletak di Kinabatangan, Panorama Rumah Besar Kinarut berbentuk "Greco-Roman" sebagai tinggalan kegemilanagan tanaman getah di Sabah semasa pemerintahan British, , Tapak Tingkayu  di Lahad Datu, Bukit Tengkorak terletak di Semporna, Batu Berukir Lumuyu di Tenom, Kota Mat Stor dan Kota Mat Salleh terletak di Tambunan, dan beberapa tugu, monumen dan tapak bersejarah dipelihara sebagai warisan sejarah Sabah.